THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, May 8, 2009


Kuliah 1-20 April 2009

Pada awal kuliah yang disampaikan oleh Dr. Siti, beliau telah menerangkan bahawasanya terdapat empat tahap pemerolehan dalam menjalankan kajian tidakan iaitu:
-Data
-Maklumat
-Pengetahuan
-Hikmah

Di samping itu saya juga diberi pemahaman tentang kaedah penyelidikan. Daripada pemahaman saya tentang pembelajaran yang disampaikan oleh Dr.Siti, kajian penyelidikan ialah kaedah pengumpulan data dan menganalisis data yang diperolehi yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu topik dan isu serta dapat mencari kaedah penyelesaian.

Sebagai contoh kajian tindakan yang dilakukan di dalam pendidikan ialah, untuk mengenalpasti pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam para guru perlu mengenalpastinya dengan mengumpul markah dalam sesuatu ujian yang diperolehi dan mencari sebab munasabab daripada kegagalan pelajar dalam menjawab soalan yang diberikan samaada aras soalan tersebut terlalu tinggi, kelemahan pelajar dalam menguasai jawi, ketidakjelasan soalan yang diberikan, jawapan yang diberikan adalah samar-samar. Setelah mengetahui masaalah sebenar yang dihadapi oleh para pelajar barulah guru-guru perlu mencari jalan penyelesaian yang paling berkesan bagi membantu pelajar dalam pembelajaran. Sebagai contoh, jikalau pelajar gagal dalam pendidikan Islam adalah kerana kegagalan dalam menguasai jawi, guru perlu mencari alternatif yang berkesan bagi membantu pelajar samaada menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) jawi yang dapat menarik minat pelajar, mengadakan kem jawi yang mengandungi aktiviti menarik dan lain-lain.

KULIAH 2- 27 APRIL 2009

Dalam kuliah yang kedua kami telah diberi pemahaman oleh Dr. Siti tentang kajian tindakan kolaboratif. Melalui kefahaman saya tentang kuliah yang disampaikan oleh Dr.Siti, kajian kolaboratif ialah kajian yang dilaksanakan bersama dua orang atau lebih yang mana ia dilaksanakan oleh guru dalam bidang yang sama. Sebagai contoh, untuk melakukan penambahbaikan dalam matapelajaran pendidikan Islam perlu dilakukan kajian kolaboratif antara guru-guru pendidikan Islam sahaja tanpa melibatkan guru lain.

AKTVITI 1

  • Selepas mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) refleksi ke atas masaalah dalam diri anda.
-Senarai penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda
-Rancang pelan tindakan untuk menambahbaiki matlamat dan senaraikan objektif
  • Pelan tindakan
-Nyatakan langkah yang perlu diambil
- Rancang bagaimana anda ingin mengumpul data

-Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan

-Bagaimana anda ingin menilai samada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai

matlamat dan objektif


Kelemahan


Selepas saya mengikuti program BIG, saya dapati saya mempunyai kelemahan dari segi pengurusan masa secara sistematik, tiada sikap sukarelawan (mengharapkan orang lain), menangguh kerja dan mengaggap sesuatu kerja yang diberikan senang dan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Di samping itu, saya juga tidak mempunyai keyakinan untuk berucap di khalayak ramai.



Penambahbaikan dan tindakan yang perlu saya lakukan ialah:


Apabila diberi tugasan, saya akan cuba untuk mencari bahan dengan sepantas mungkin dan dalam masa yang sama saya akan menyelesaikan tugasan berdasarkan kepada kualiti dan bukannya berdasarkan kuatiti semata-mata. Di samping itu, saya juga akan cuba membuat jadul belajar serta mengisi masa lapang yang ada dengan menyelesaikan tugasan yang diberikan contoh: menambahbaikan blog...



Matlamat


"Menjadi insan yang sedia di didik dan bersedia untuk mendidik''



Objektif


-Sentiasa bersedia untuk bekerja dalam kumpulan

-Bersedia menerima teguran posifif

-Menyediakan perancangan awal untuk sesuatu tugasan yang diberikan.

-Cuba membaiki kelemahan diri



Pelan tindakan


Langkah yang perlu di ambil:


-Meminta maklum balas daripada rakan-rakan dalam ahli kumpulan BIG dalam menilai kelemahan diri ketika menjalankan kerja secara berkumpulan.


-Muhasabah diri daripada maklumbalas yang diperolehi melalui rakan-rakan dan dalam masa yang sama cuba mencari langkah-langkah yang berkesan untuk membaiki kelemahan diri secara berperingkat-peringkat.


-Cuba menyelesaikan kerja yang diberikan dengan sebaik mungkin (membuat perancangan kerja seawal mungkin) serta mengikis sifat suka menanguhkan kerja.


-Cuba menyemaikan sikap berani dalam diri dalam mengemukakan pandangan serta memberi persembahan yang terbaik dalam setiap pembentangan yang dilakukan.


Untuk memastikan apa yang dirancang dilaksanakan, saya akan melakukanya selangkah demi selangkah sehingga berjaya. Untuk melaksanakannya, saya akan meminta bantuan daripada rakan-rakan yang terdekat untuk memberi bantuan dari segi kritikan positif dan tunjuk ajar dalam menjayakan matlamat yang ingin dicapai.



Untuk menilai samaada apa yang dirancang dan dilaksanakan tercapai, saya akan membuat penilaian secara persendirian dengan membuat perbandingan dengan gerak kerja yang dilakukan pada semester yang lepas.



AKTIVITI 2


Rancang pelan tindakan

  • Bentuk kumpulan dalam bidang sama (1 kumpulan 3 orang) serta lantik ketua, pencatat dan pembentang.
  • Selepas mengikuti kaedah mengajar, refleksi ke atas masaalah, penambahbaikan dan pengajaran pembelajaran sesuatu tajuk. Cadangkan satu strategi kaedah mengajar untuk mengatasi masaalah tersebut.

Ahli kumpulan kami terdiri daripada:
(a) Asparila binti che Mat (Ketua)
(b) Nurkhalisah (Pencatat)
(c) Siti Hasmiyati bt Zahari (pembentang)

Masaalah.


Antara masaalah saya yang ketara ketika mengikuti subjek kaedah mengajar pada semester lepas ialah kegagalan dalam menggunakan bahan bantu mengajar secara berkesan dan sesuai yang mana saya telah menerima kritikan positif daripada pensyarah. Di samping itu, saya juga tidak dapat mengaplikasikan kaedah pengajaran secara berkesan yang dipelajari melalui subjek psikologi pendidikan dan kaedah mengajar.Hal ini telah menyebabkan proses pengajaran yang dilaksanakan kurang menarik perhatian. Dalam melaksanakan proses pengajaran pendidikan Islam di sesebuah sekolah ada juga segelintir guru yang menggunakan tulisan rumi dalam pengajaran. Sedangkan kandungan buku teks pendidikan Islam sememangnya ditulis dalam tulisan jawi. Hal ini berlaku adalah disebabkan kelemahan yang ketara di kalangan pelajar dalam menguasai jawi dalam pembelajaran. Saya juga dapat membuat pemerhatian ke atas guru-guru pendidikan Islam yang mana dalam pengajaran kebanyakannya kurang menggunakan bahan bantu mengajar ketika dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini telah menyebabkan kurangnya minat di kalangan pelajar untuk memgikuti pembelajaran pendidikan Islam.


Penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk.

Daripada krikitikan positif yang diterima daripada pensyarah tentang pengguanaan bahan bantu mengajar, saya akan cuba memperbaiki kelemahan dengan menggunakan bahan bantu mengajar secara berkesan dan bersesuaian dan dalam masa yang sama saya akan cuba mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam setiap guru seharusnya berusaha sebaik mungkin dalam memastikan para pelajar dapat menguasai pembelajaran pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi. Bagi pelajar yang lemah dalam tulisan jawi para guru seharusnya melaksanakan insentif yang tertentu bagi memastikan para pelajar dapat menguasai jawi dengan melaksanakan kelas pemulihan jawi. Hal ini amat penting kerana tulisan jawi sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam menguasai bacaan al-Quran. Guru pendidikan Islam juga seharusnya menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik bagi menarik minat para pelajar untuk mengikuti pembelajaran pendidikan Islam. Ia tidak terhad kepada penggunaan kertas majong dan power poind semata-mata akan tetapi guru juga dapat menggunakan teknik selain daripada ini yang dirasakan sesuai. Contohnya dalam mempelajari bab Penyembelihan guru seharusnya menunjukkan demotrasi penyembelihan yang betul mengikut syariat Islam di samping mewajibkan para pelajar untuk melakukannya


Kuliah 3-4 MEI 2009 (Teori perubahan-Dr.Izham)

Konsep Perubahan

-Perubahan merupakan suatu elemen yang wujud dalam kelakukan pelbagai organisasi dimana pengurusan yang ingin membuat perubahan akan berhadapan pelbagai rintangan. Dalam pendidikan, perubahan memang tidak dapat dielakkan.Kadangkala ia mewujudkan ketidakpastian.

Mengikut Dessler 1995 terdapat 4 jenis perubahan
-Perubahan ke arah peningkatan.
-Perubahan strategik organisasi.
-Perubahan Reaktif.
-Perubahan akibat daripada jangkaan.

Perubahan juga dikaitkan dengan proses revolusi dan evolusi yang mana melalui proses revolusi perubahan berlaku secara pantas dalam masa yang singkat dan meningalkan kesan yang mendalam dan membinasakan manakalan melalui proses evolusi pula, ia menghasilkan kesan yang sedikit akan tetapi dalam tempoh yang agak panjang.


AKTIVITI 3

Aktiviti kerja kumpulan

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.


8 sebab penentangan terhadap perubahan
.


(1) Perubahan yang dilakukan terlalu kerap sehingga ia menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan kakitangan sesuatu agensi.

(2) Perubahan yang dilakukan adalah berdasarkan kepada kepentingan induvidu tertentu sahaja dan mengabaikan kepentingan induvidu yang lain.

(3) Perubahan yang dilakukan dalam sesebuah organisasi bertentangan dengan norma dan nilai sekelompok induvidu yang tertentu samaada perubahan tersebut menyentuh isu sensitif bagi sesetengah pihak seperti adat,nilai dan agama.

(4) Penentang terhadap sesuatu perubahan adalah berpunca daripada sekelompok induvidu yang sememangnya tidak suka dan tidak selesa terhadap sesuatu perubahan yang bakal dilaksanakan.

(5) Mempunyai keyakinan yang lebih tinggi terhadap keberkesanan strategi yang sedia berbanding perubahan yang bakal dilaksanakan dan menggantikan strategi terdahulu.

(6) Mempunyai pemikiran, pemahaman dan pengetahuan yang cetek tentang matlamat, kaedah, objektif perubahan yang bakal dilaksanakan dan masih dibelenggu dengan kaedah lama.

(7) Perubahan yang dilakukan mengambil masa yang lama untuk memberi hasil yang berkesan.

(8) Matlamat sesuatu perubahan yang dilaksanakn sukar untuk dicapai.


KULIAH KE 4-11 MEI 2009

Kajian kepustakaan.

Dalam kuliah yang ke 4 ini kami telah diberi penekanan oleh Dr. Siti tetang kajian kepustakann. Melalui pemahaman saya tentang kajian kepustakaan yang telah diikuti ialah, ia sangat penting dalam melakukan sesuatu kajian tindakan.Kajian tindakan merupakan sorotang yang dilakukan ke atas bahan-bahan literature seperti jurnal artikel,seminar laporan dan lain-lain.

Dalam kajian kepustakaan,ia melibatkan aktiviti membandingkan dan membezakan yang mana ia mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan ciri, sifat, kualiti, unsur sesuatu objek atau peristiwa.

Langkah Penggunaan

-melihat sample, prosuder, pengumpulan dan penganalisisan data.
-kenal pasti ciri kajian itu.

Menganalisis

-menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil.
-digunakan untuk mengenal bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian, mengenalpasti prinsip-prinsip yang terlibat.
-satu kemahiran yang kompleks yang memerlukan kemahiran berfikir.

Menilai

-membuat pertimbangan tentang suatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti dan dalil yang sah.
-untuk memilih sesuatu dan menerima atau menolak sesuatu item.

Membuat kesimpulan

-membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

Sintesis

-satu proses menggabungkan idea, unsur, item dan perkara-perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran secara menyeluruh.

0 comments: