THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, May 8, 2009

TUGASAN ULASAN BUKU

Tajuk buku: Systemic action reseach
pengarang: Danny Burns


Konsep kajian tindakan

Melalui buku karangan Danny Burns dapatlah saya fahami bahawasanya kajian tindakan adalah sebagai satu kitaran langkah-langkah yang terdiri daripada aktiviti merancang, bertindak dan menilai keberkesanana tindakan yang telah diambil. Kitaran ini akan diulangi di mana hasil dapatan kitaran pertama digunakan untuk perancangan kitaran kedua dan begitulah seterusnya sehingga keputusan yang memuaskan diperolehi.Menurut Danny Burns, ciri utama yang menjadi tunjang kepada kajian tindakan ialah adanya langkah mengambil tindakan ke atas situasi sosial yang dikaji. Selain daripada itu, beliau juga mengutarakan dua prinsip asas kajian tindakan iaitu keputusan kumpulan dan komitmen kepada penambahbaikan.

Beliau yang mempelopori Kajian Tindakan Bilik Darjah (classroom Action Reseach) di United Kingdom menegaskan bahawa kajian tindakan adalah suatu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan

Beliau juga berpendapat kajian tindakan adalah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan memperbaiki dan mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial.

Carr dan Kemmis (1986) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah suatu bentuk refleksi kendiri melalui aktiviti inkuiri untuk memperbaiki dan memahami amalan dan situasi sosial.

Mc Niff (1988) Kajian Tindakan adalah suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalam mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan.Pendekatan ini melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara koloboratif (usahasama) sewaktu mengadakan kajian.

Lomax (1944) Menyatakan bahawa kajian tindakan ialah penyelidikan pendidikan kerana yang menyelidik itu adalah guru sendiri yang ingin memperkembangkan dirinya sendiri serta profesionya.Kajian tindakan adalah dasar yang penting untuk inovasi pendidikan. Hal ini adalah kerana kajian tindakan merupakan kaedah yang membolehkan guru melakukan inovasi dan perubahan dalam pendidikan.

Secara amnya dapatlah saya fahami bahawasanya kajian tindakan merupakan salah satu pendekatan untuk memperbaiki dan meningkatkan pendidikan melalui perubahan-perubahan yang tertentu yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan kerjanya. Di samping itu, ia juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dan secara kesimpulannya ialah ‘’belajar daripada apa yang dibuat’’


Tujuan kajian Tindakan

-Objektif kajian tindakan adalah untuk guru memperbaiki amalannya sendiri dan membentuk teori peribadi yang praktis dan kritis.

-Menggalakkkan guru menyelesaikan masaalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan

-Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu. Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya.


Reka bentuk kajian tindakan

Reka bentuk kajian tindakan adalah berbeza daripada kajian konversional.Hal ini adalah kerana Kajian Tindakan dijalankan di sekolah adalah untuk kegunaan dan dilakukan oleh guru-guru yang bertujuan untuk mengkaji berkaitan dengan pelbagai aspek dalam pendidikan seperti pedagogi.Ia adalah bertujuan untuk memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar. Rekabentuk kajian tindakan adalah berbeza berdasarkan sekolah.

Reka bentuk kajian tindakan terbahagi kepada beberapa bahagian dan peringkat. Di dalam laporan akhir kajian tindakan rekabentuk kajian diletakkan di bahagian metodologi iaitu bahan dan kaedah kajian dijalankan. Pada peringkat awal rekabentuk kajian tindakan, tinjauan awal perlu dilakukan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat awal sebelum sesuatu kajian itu dijalankan.

-MODEL KAJIAN TINDAKAN

Model kajian tindakan sebagaimana yang ditunjukkan di bawah adalah langkah pelaksanaan kajian tindakan yang biasa dilakukan. Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh guru adalah mengenalpasti dan memilih masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) seharian. Dalam p&p seharian dalam bilik darjah, pastinya ada sahaja masalah pembelajaran murid yang dihadapi oleh guru. Biasanya sekiranya pelajar tidak memahami suatu konsep pembelajaran pada satu-satu masa pastinya ada sahaja yang menghalang pembelajaran tersebut. Begitu juga apabila, sekolah tidak dapat mencapai pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan, sudah tentunya ada masalah pembelajaran yang wujud. Kalaupun sekolah mendapat 100% lulus, masih ada ruang untuk peningkatan. Pada tahap ini, pengiraan sekolah haruslah tertumpu kepada berapa ramai yang mendapat A. Maka peranan guru di sini adalah untuk mengenalpasti dan memilih permasalahan tersebut. Dalam proses pemilihan ini, dapatkan masalah pembelajaran yang paling signifiken dan ketara. Jika tidak ada masalah, tidak perlu buat kajian. Elok kalau buat kerja lain saja, tetapi kalau pencapaian kurang cemerlang pastinya ada masalah pembelajaran. Kenalpastilah masalah tersebut. Antara teknik yang boleh digunakan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran adalah dengan membuat temu bual ringkas, soal selidik, ujian dan sebagainya. Pilih satu masalah pada satu-satu masa. Kenalpasti masalah akar umbi. Contohnya, pelajar tidak memperolehi pencapaian yang baik dalam mata pelajaran Matematik sekolah rendah. Setelah dikenalpasti, pelajar lemah dalam kemahiran sifir. Maka pokok utama masalah ialah kemahiran sifir. Oleh itu, selesaikan masalah sifir dahulu.

Model Kajian Tindakan

Model di atas menunjukkan bahawa terdapat empat peringkat dalam pelaksanaan suatu kajian tindakan perancangan, pelaksanaan tindakan, pemerhatian dan refleksi. Peringkat pertama adalah peringkat perancangan. Peringkat perancangan merupakan satu peringkat yang sangat penting kerana pada peringkat inilah permasalahan utama pembelajaran dikenalpasti, Setelah masalah dikenalpasti, barulah program tindakan yang bersesuaian dirancang. Program yang juga merupakan rawatan kepada masalah pembelajaran ini boleh diambil daripada program orang lain atau ciptaan sendiri. Biasanya inovasi p&p akan lahir di sini sekiranya guru mencipta sendiri sesi rawtatan tersebut.

Peringkat kedua ialah pelaksanaan tindakan. Peringkat ini adalah peringkat pelaksanaan program tindakan atau rawatan. Sesi rawatan atau tindakan ini mungkin melibatkan beberapa masa p&p biasa. Dalam waktu pembelajaran atau di luar waktu pembelajaran. Oleh kerana masalah pelajar itu adalah masalah biasa dalam kelas maka sesi tindakan yang diintegrasikan dengan waktu p&p biasa juga baik. Mudah sahaja. Masalah itu akan tetap mengganggu kalau tidak diselesaikan.

Peringkat ketiga adalah pemerhatian. Pada peringkat ini, pemerhatian boleh dilakukan oleh guru sendiri yang juga sebagai penyelidik. Guru juga boleh meminta bantuan daripada guru lain untuk membuat pemerhatian semasa sesi pengajaran guru. Kalau mahu lebih terbuka, guru juga boleh meminta bantuan salah seorang murid untuk dalam kelas berkenaan untuk membuat pemerhatian. Semuanya mesti menggunakan borang senarai semak atau seumpamanya. Saya masih ingat sebuah sekolah di Amerika Syarikat. Dalam lawatan saya ke sekolah berkenaan, saya dapati bahawa panel penilai guru yang mahu memasuki sekolah tersebut bukan sahaja guru-guru tetapi juga melibatkan seorang pelajar. Kepercayaan ini yang perlu dipupuk. Penilaian dalam pelbagai teknik juga boleh dilakukan pada peringkat ini. Penilaian mesti dilakukan untuk menilai keberkesanan program. Gunakan borang walaupun temubual sahaja.

Peringkat keempat adalah refleksi. Pada peringkat ini, guru membuat renungan atau refleksi terhadap kajian yang telah dilakukan. Sama ada berjaya atau tidak. Laporan juga ditulis di peringkat ini. Ini penting untuk dokumentasi. Perihal dokumentasi ini, perlu ditekankan sikit. Sebenarnya ramai guru membuat kajian dalam bilik darjah. Malah hampir setiap hari. Bagaimanapun, yang kurengnya ialah dokumentasi. Jadi ilmu itu tidak disebarkan.

Sekiranya program tindakan tersebut berjaya, maka ia bolehlah disebarkan kepada guru-guru lain. Ini penting agar guru lain yang menghadapi masalah yang sama akan dapat menyelesaikan masalah pembelajaran tersebut dengan menggunakan kaedah yang sama. Jika tidak berjaya, ia perlu dirancang semula. Dalam hal ini, teknik tindakan yang berbeza boleh difikirkan. Penggunaan teknik yang berbeza bagi masalah yang sama ini akan membawa kepada konsep Gegelung Kedua dalam kajian tindakan.

-sampel kajian tindakan

4. PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

Mengenalpasti masaalah

Mengumpul data

Menganalisis data/membentuk persoalan kajian

Merancang pelan tindakan

Melaksanakan pelan tindakan

Mengumpul data untuk mengesan perubahan

Menganalisis dan menilai

Penilaian impak

0 comments: